Cintai Ilmu

CINTA SUCI YANG TULUS

Ilmu apa yang perlu kita terima cintanya? Misal kata suatu hari nanti kita ditakdirkan untuk bercinta dengan seseorang. Satu pertanyaan, dari ciri apakah yang kita jatuh minat pada seseorang itu? Rupa parasnya? Harta kekayaannya? Popularitinya? Keturunannya? Atau kebaikan akhlak & agamanya? Sudah tentu jawapan klise, iaitu kebaikan akhlak & agamanya kerana dengan kebaikan akhlaknya & agamanya itu akan membawa hidup kita lebih tenteram & selesa.
Begitu juga dengan ilmu, dengan penuh perasaan kita hamparkan rasa cinta kepada ilmu kebaikan, iaitu ilmu yang membawa manfaat dalam kehidupan kita. Kita mempelajari sesuatu ilmu bukan setakat untuk lulus periksa je, tapi apply ilmu tu dalam kehidupan seharian. Itu baru dinamakan bercinta dengan ilmu, atau bahasa pasarnya,
"Angau dengan ilmu."
Baru sematttt!
Biar hidup kita selalu didampingi dengan ilmu. Ke mana je. Kalau pasangan bercinta, perbuatan sentiasa berdamping itu dipanggil, 'macam belangkas.'
Kita tukarkan pasangan itu dengan ilmu. Betapa tulusnya cinta suci kita itu nanti apabila kita 'membelangkas' ilmu! ;D 

MANFAATKAN CINTA

Anjuran & ajakan untuk bercinta dengan ilmu ini banyak melalui hadith Nabi Muhammad s.a.w. Apa yang perlu bagi kita yang masih menghirup udara untuk bernafas ini ialah bersyukur kepada Allah SWT yang memberi pinjaman kehidupan dunia untuk beribadah kepada-Nya. Dengan beribadah itu, maka termasuk sekali menuntut ilmu yang tidak pernah berpenghujung.

" Bersederhanalah dalam mencintai & moderatelah dalam membenci.
Sungguh ramai orang yang binasa kerena berlebihan dalam mencintai & sungguh ramai orang binasa kerana berlebihan dalam membenci "

No comments:

Post a Comment