Sayang atau Cinta

Cinta dan Sayang punyai maksud yg berbeza dari tersurat mahupun tersirat. 


Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…


" Tatkala datang mengundang bahagia. Tatkala hilang mengundang derita bagai dipanah halilintar tapi apa kan daya...cinta itu buta...dtg tak kira masa dlm hati mereka yg begelar manusia selagi masih indah berbicara selagi itu cinta mekar di hati mereka ..hingga terkadang lupa, cinta bisa mengundang airmata..derita..dan merana. Untuk mereka yg tidak tahu menilai antara kaca dan permata."

stalker?

cakk ^^
Assalamualaikum...sihat ?? hehe
ade org stalker usha usha blog ke...ouh yayaya ^^
nak ape lagi?? nk hina maki lagi ke?? cari point ??
i dont ever care n says thank you very much coz u're so such a busy body..no matter what happen im strong im happy :) that which does not kill' us makes us stronger !
I've a big sisters and brothers also my priority FAMILY & FRIENDS
meh stalk sibuk nk tau pasal aku ke...terasa?? ko ade KUASA ??
Ingat setiap apa yg kita lakukan pasti akan dpt balasan dariNYA tak kira masa tempat atau usia..sy tiada kuasa nk buat ape2 namun saya hanya ada satu sahaja kuasa iaitu DOA :')

" Dear Allah , i just wanted to say thank you fr another day. Watch over my family and friends today , bless us in a way we've never known before. Aminn Ya Rabb

Selamat Beramal :)


Saya ingin berkongsi sedikit ilmu untuk semua..jadikan ia sebagai pengetahuan buat kita semua InsyAllah apa yg kita berkongsi akan merasa bahagia walaupun tanpa disisi Insan yg dicintai :)



Anak yatim dlm bahasa Inggeris disebut 'orphanage'. Mengikut istilah pula, anak yatim memberi maksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian salah satu dari ibu atau bapanya. Sedikit berbeza dengan yatim piatu yang bermaksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian kedua-dua ibu dan bapanya.

Akibat kematian ayah atau ibu, seorang anak akan merasakan suatu kekosongan dalam hidupnya. Kosong dari curahan kasih sayang dan segala aspek yang memenuhi keperluan hidup seperti makan, minum, pakaian, dan lain-lain.

Ini menyebabkan seseorang anak yatim itu selalu dihantui oleh perasaan sedih dan hampa. Realiti yang ada di tengah masyarakat sekarang menunjukkan bahawa majoriti anak yatim yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya mengharungi kehidupan yang begitu sukar, menyedihkan dan tersisih.

Islam, sebagai agama yang menitikberatkan perihal kasih sayang sangat menekankan agar kita mengambil berat terhadap anak yatim sehinggakan al-Quran sendiri secara khusus banyak membicarakan masalah anak yatim ini lebih daripada perihal anak-anak yang lain secara umum. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:

”Rumah yang terbaik adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dihormati dan diperlakukan dengan baik. Rumah yang terburuk adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dizalimi dan diperlakukan dengan buruk”.

Anak yatim yang mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup daripada mereka yang menjaganya semestinya akan merasa bahagia dan aman. Namun sekiranya ia tidak mendapat apa yang seharusnya ia peroleh, hidupnya akan rosak dan hal ini menjadi lebih parah jika ia jatuh ke pangkuan orang yang tidak bertanggungjawab yang mendidiknya secara salah dan membentuknya menjadi peribadi yang merugikan masyarakat.


Namun saya bersyukur saya masih ada seorang Ayah yg setia menemani saya serta keluarga dan juga insan yg saya sayangi & sahabat-sahabat baik bersama saya..serta kehidupan yg cukup sederhana buat diriku ini walaupun arwah ibuku telah pergi  buat 3tahun semenjak usiaku 18 tapi kasih sayang seorang ibu sentiasa ada kekal abadi. Padamu tuhan Yallah engkau lindungilah anak-anak yatim yg masih memerlukan bantuan di luar sana yg tidak senasib dgn diriku ini.



Firman Allah yang bermaksud:
“ Oleh sebab itu maka anak yatim janganlah kamu hinakan.” ( Al- Dhuha)
“Tahukah engkau orang yang mendustakan agama, iaitu orang yang menengking anak yatim.” ( al- Maun)
Islam juga mencegah sama sekali memakan harta anak yatim dengan cara zalim seperti yang dinyatakand alam surah An- Nisa ayat 6.



RENUNGAN

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya." Riwayat Ibnu Majah.


"Alhamdulillah syukur saya masih kuat untuk berjuang dalam iman yg Allah kurniakan bersama insan yg ku cintai,Kasih Ayah yg setia menemani anaknya.. :)"

Al-Fatihah buat arwah Ibu saya serta arwah Atuk& Nenek yg bahagia di alam sana :')