Hati & Jiwa

teringat zaman dulu suke create ayat-ayat yg indah , teringin nak masuk sajak la bercerita la melukis la tapi itu sy buat sekadar hobi waktu lapang sebab sy suke membaca pelbagai jenis buku tak kesah la apa pon janji ada knowledge yg sy dapat pelajari dan amalkan tapi sy tak pernah baca NOVEL hehe .. ada juga hasil daripada kelas agama sy so sama-sama berkongsi ilmu .. everyone has a talents so i want share with you :)

Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.
Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
Air
– Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati :)


sekarang sy amalkan minum air suam , minum susu & madu yg dicampur dgn air suam dan makan buah kurma sedap apa manis dan dapat miliki senyuman yg menarik hehe :) sy suke minum air karot susu dan barli suam sedap ! tapi ada jugak org kuno ni ckp 'ee sedap ke ? mcm org tua je' eleh at least sy jaga pemakanan dan badan hehe :) sejak dari kecil arwah mak sy ajar sy dan suruh amalkan sampai bila-bila. apa yg kita makan akan terpancar dari zahirnya dan juga hati ini . fikir-fikir & selamat beramal orait ~ :)

''Jangan minta yg tidak dapat dilihat oleh matamu tapi mintalah apa yg ada di matamu, berlapang dadalah kepada Allah bahawa Allah menentukan segalanya..YAKINLAH :)
Mengapa kita harus bersedih ? bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan untuk mengatasi segala masalah. Hidup ini penuh bermakna dengan masalah dan insan yg tidak mahu berdepan dengan masalah maka ia tidak layak untuk berjuang dalam kehidupan :) ''

Jadikanlah di sekiling kamu dan teguhkan pendirian, sepanjang hidup dan usiamu dan janganlah mudah berputus asa, senyuman yg diberikan dan airmata yg dititiskan..simpan jadikan ia tauladan & segala yg di pandang dan di dengar simpan dan jadikan ia pedoman :)

Orang yg bahagia itu akan selalu menyediakn makna untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa :)

Apa yg sering terjadi di tengah kesulitan ? hati bergoncang-goncang dan berputar-putar mata kerana ketakutan. Oleh itu, kumpulkanlah kekayaan hati usah kumpul kekayaan pengikut dan harta. Kekayaan hati adalah sifat mahmudah. Tambahilah sifat mahmudah daripada sedikit sifat syukur kepada berbanyak-banyak syukur, daripada sedikit redha kepada berbanyak-banyak redha, dari sedikit baik sangka (husnuz zan) kepada berbanyak-banyak baik sangka, dari sedikit sabar kepada berbanyak-banyak bersabar, daripada sedikit pemaaf kepada lebih banyak memberi maaf, daripada sedikit keyakinan kepada lebih tebal keyakinan. Kekayaan hati adalah kekayaan abadi. Kita mesti ingat !
bahawa kekayaan hati tidak akan sama sekali musnah oleh kematian dan begitu tidak musnah dirosakkan oleh orang-orang yg hasad dengki :)

Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada mengucapkan salam, bersifat peramah & mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan wujudnya perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya akan terwujudnya rasa kasih sayang antara satu sama lain :)
Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian daripada iman. Malu juga tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. Ia menjadi satu perisai daripada melakukan banyak kejahatan. Antara dua darjat si kaya & si miskin..namun iman & taqwa yg dinilai disisi Allah

Tika hidup janganlah melampaui batas dalam segala urusan kerana takut akibatnya sangat buruk oleh itu bersifat sederhanalah dalam kehidupan semoga Allah sentiasa redhai. Manusia sering gelisah dengan ketidakcukupan harta didunia dan pelbagai lagi ketika hidup diduniawi ini. Namun masih ramai yg belum memikirkan bekalan di dunia yg akan di bawa bersama akhirat kelak. Kehidupan di dunia ini lah yg akan kita bawa bersama hingga akhirat abadi :)

# Pelajarilah sesuatu dari hidup anda , sesuatu yg mampu mengubah hidup anda ke arah yg lebih benar dan hebat #



* hayati senikata lagu ini betul2 ea..penuh makna tersirat yg berkaitan tentang islam *
* sumber kaklong & abanglong *