Disebalik-Nya

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. dan bila di suatu masa dia hilang dari pandanganmu , kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari....... :)

Biarlah putus cinta dengan manusia sekalipun, yang penting jangan putus cinta dengan Allah.
Kalau kita putus cinta dengan manusia, Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik. insyaAllah.
TAPI ~ kalau putus cinta dengan Allah, apa lagi yang nak digantikan ???
^_^

Saya tak kisah kalau saya masih "single" or ''couple'' saya tak kisah kalau orang yang saya suka tidak sukakan saya....saya REDHA ~ saya tahu Allah nak bagi yang lebih baik buat diri saya. Kadang kala benda yang kita tak suka tu lah baik buat diri kita, dan benda yang kita suka tu tak semestinya baik untuk diri kita...saya happy sebab saya masih ada Allah di sisi dan Keluarga yg sentiasa dgn saya sejak kecil hingga kini ^_^

Setulus manapun kita mencintai seseorang, seikhlas mana pun kita menyayangi seseorang, Kalau TIDAK DIRESTUI oleh ibu bapa dan keluarga dan dia bukan jodoh kita TETAP BUKAN jodoh kita , kerana Jodoh itu telah ditetapkan oleh Allah.
Apa yang kita perlu lakukan adalah dengan sentiasa tabah dan tawakal berdoa agar diberikan insan yang terbaik buat diri kita dan berusaha menjadi yang lebih baik. Bukanlah pengakhiran cinta itu satu hukuman tetapi hikmah yang diberikan oleh Allah, kerana dia lebih mengetahui apa yang lebih baik buat diri kita.

Ingatlah, Perempuan yang baik untuk Lelaki yang baik dan begitu juga Lelaki yang baik untuk Perempuan yang baik. Itulah janji Allah yang tidak perlu ada 'keraguan' pada-Nya :')


" Sebenarnya dalam dunia memang banyak benda yang berlaku tanpa kita duga. Kita fikir setiap apa yang kita rancangkan akan berjalan seperti mana yang kita harapkan. Tapi mungkin ada masanya kita terlupa. Kita merancang, dan pada masa yang sama Allah turut merancang.
Bezanya ialah perancangan yang diaturkan oleh Allah untuk kita adalah lebih sempurna. Dia Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik untuk kita, dan apa yang buruk untuk kita. Boleh jadi kita sangat suka akan sesuatu, padahal perkara itu adalah buruk bagi kita, dan boleh jadi kita sangat benci akan sesuatu.. walhal perkara itu baik untuk kita "

bersabarlah, dan teruskan berdoa dan sentiasa berusaha jangan mudah berputus asa ingat lah bahawa Allah sentiasa memberikan kita yang terbaik :)

No comments:

Post a Comment