Bangkit

Hidup ini penuh dugaan dan pancaroba , pelbagai liku kehidupan kita harus harungi dan hadapilah ia dgn hati yg ikhlas , redha dan sentiasa cekal walau apa pon berlaku . manusia tidak lari dari pelbagai masalah dan rintangan demi rintangan..jika dalam hati dan fikiran kita ada perasaan benci dan sifat mazmumah begitu lah diri kita untuk hadapi kehidupan dan jika dalam hati kita fikirkan kebahagiaan , kasih sayang , sifat mahmudah dan sentiasa berbuat baik ia akan sentiasa berkekalan dan kuat untuk mengawal diri jika berlaku nye kesusahan dan sebagainya. Biarkan kita dipandang hina oleh manusia dicaci dimaki namun disis Allah dia sentiasa memandang mulia pada hamba-hambaNya yang sentiasa ingat padaNya , biarlah manusia terus membuat kejahatan dan keburukan pada kita janji kita teruskan berbuat baik insyAllah suatu hari Dia akan memberi kita nikmat yang tidak di jangka kerana manusia yang punyai sifat sabar yang kebal akan Allah turunkan limpahan nikmat . Ingat lah bahawa ke dua orang tua kita iaitu ibu bapa adalah tunjang utama dan senjata yang tiada bandingannya , sebelum bertindak sentiasa letakkan ibu bapa kita dalam hati kerana tanpa mereka tidak wujud lah kita untuk hidup dan beramal pada Allah .Oleh itu dalam hidup sentiasa berjuang kita harus bangun dan terus bangun bangkit dari segala perkara yang membuat diri kita jatuh ke bawah :) 

No comments:

Post a Comment