he's legend

haip ^^
after study ni rase ngantok plak kan so godek-godek jap video apa yg patot..teringat dulu selalu layan lagu orianthi panagaris ni :) she is perhaps best known for being Michael Jackson's lead guitarist for his ill-fated , girl ni generasi terkini la jadi anak didik steve vai..
jom watch it orianthi highly strung vs steve vai ;)




this video is bout someone guitarist yg very awesome la main gitar..boleh tahan legend dy ni..is
Steve Vai..haa u know who he is ?? famous dgn lagu 'for the love of god' more detail please google la sendiri malas nak taip panjang2 hehe aku pon tak kenal & tak penah jumpa pon steve vai ni hahaha !!tau pon dari abah aku ni suke sgt cite zaman dulu kala pasal music ni so layan je lame2 best plak sbb aku mmg minat dgn music dari kecik tapi angan je lebih..nak masuk class music ni very expensive :)  tunggu member aku ni ajar..dh janji kan ? hehe

this song by orianthi..shut up & kiss me :)
u're too loud, i'm so hyper..on paper we're a disaster..and i'm driving u crazy..it's my little game
go ahead now, admit it..u like ur world with me in it..like a record, it's broken..i'm a bump you'll never get over..but there's no way to stop this now..so shut up and kiss me :)


a7x dear god





bile nk live kat malaysia lagi ? minat band a7x .. layan gak heavy metal, im universal okay haha
band sum 41 nk buat live in malaysia kl live on 14 april tiket dia mahal takpe la janji aku dapat layan lagu dia n vocalist dy hensem deryck whibley dulu kawen/ex dgn avril lavigne last2 separate la.. lagu awek dy aku suke & hilary duff best minat giler kot haha ..rajin2 la search ea if minat music :)

babai ^^

 

Hati & Jiwa

teringat zaman dulu suke create ayat-ayat yg indah , teringin nak masuk sajak la bercerita la melukis la tapi itu sy buat sekadar hobi waktu lapang sebab sy suke membaca pelbagai jenis buku tak kesah la apa pon janji ada knowledge yg sy dapat pelajari dan amalkan tapi sy tak pernah baca NOVEL hehe .. ada juga hasil daripada kelas agama sy so sama-sama berkongsi ilmu .. everyone has a talents so i want share with you :)

Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.
Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
Air
– Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati :)


sekarang sy amalkan minum air suam , minum susu & madu yg dicampur dgn air suam dan makan buah kurma sedap apa manis dan dapat miliki senyuman yg menarik hehe :) sy suke minum air karot susu dan barli suam sedap ! tapi ada jugak org kuno ni ckp 'ee sedap ke ? mcm org tua je' eleh at least sy jaga pemakanan dan badan hehe :) sejak dari kecil arwah mak sy ajar sy dan suruh amalkan sampai bila-bila. apa yg kita makan akan terpancar dari zahirnya dan juga hati ini . fikir-fikir & selamat beramal orait ~ :)

''Jangan minta yg tidak dapat dilihat oleh matamu tapi mintalah apa yg ada di matamu, berlapang dadalah kepada Allah bahawa Allah menentukan segalanya..YAKINLAH :)
Mengapa kita harus bersedih ? bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan untuk mengatasi segala masalah. Hidup ini penuh bermakna dengan masalah dan insan yg tidak mahu berdepan dengan masalah maka ia tidak layak untuk berjuang dalam kehidupan :) ''

Jadikanlah di sekiling kamu dan teguhkan pendirian, sepanjang hidup dan usiamu dan janganlah mudah berputus asa, senyuman yg diberikan dan airmata yg dititiskan..simpan jadikan ia tauladan & segala yg di pandang dan di dengar simpan dan jadikan ia pedoman :)

Orang yg bahagia itu akan selalu menyediakn makna untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa :)

Apa yg sering terjadi di tengah kesulitan ? hati bergoncang-goncang dan berputar-putar mata kerana ketakutan. Oleh itu, kumpulkanlah kekayaan hati usah kumpul kekayaan pengikut dan harta. Kekayaan hati adalah sifat mahmudah. Tambahilah sifat mahmudah daripada sedikit sifat syukur kepada berbanyak-banyak syukur, daripada sedikit redha kepada berbanyak-banyak redha, dari sedikit baik sangka (husnuz zan) kepada berbanyak-banyak baik sangka, dari sedikit sabar kepada berbanyak-banyak bersabar, daripada sedikit pemaaf kepada lebih banyak memberi maaf, daripada sedikit keyakinan kepada lebih tebal keyakinan. Kekayaan hati adalah kekayaan abadi. Kita mesti ingat !
bahawa kekayaan hati tidak akan sama sekali musnah oleh kematian dan begitu tidak musnah dirosakkan oleh orang-orang yg hasad dengki :)

Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada mengucapkan salam, bersifat peramah & mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan wujudnya perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya akan terwujudnya rasa kasih sayang antara satu sama lain :)
Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian daripada iman. Malu juga tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. Ia menjadi satu perisai daripada melakukan banyak kejahatan. Antara dua darjat si kaya & si miskin..namun iman & taqwa yg dinilai disisi Allah

Tika hidup janganlah melampaui batas dalam segala urusan kerana takut akibatnya sangat buruk oleh itu bersifat sederhanalah dalam kehidupan semoga Allah sentiasa redhai. Manusia sering gelisah dengan ketidakcukupan harta didunia dan pelbagai lagi ketika hidup diduniawi ini. Namun masih ramai yg belum memikirkan bekalan di dunia yg akan di bawa bersama akhirat kelak. Kehidupan di dunia ini lah yg akan kita bawa bersama hingga akhirat abadi :)

# Pelajarilah sesuatu dari hidup anda , sesuatu yg mampu mengubah hidup anda ke arah yg lebih benar dan hebat #



* hayati senikata lagu ini betul2 ea..penuh makna tersirat yg berkaitan tentang islam *
* sumber kaklong & abanglong *

rindu mylovely ~

lama tak jumpe lovely saya ni , mentang mentang sume bz dengan kerjaya masing-masing kan hmm dah bertahun2 tak jumpe. masih sama ka ? lain ka ? makin membesar ka ? hehe apa yg pasti kita semakin matang dalam mengharungi hidup ini..
my lovely syue :) dia sangat lah TINGGI mcm KLCC tau , kalau saya lepak dgn dia ni dh mcm adik & kakak aje kesian saya kene mendongak je lenguh tengkok ni tau -,- jgn marah ea syue hehe ~
saya & dia berkawan dari tahun 2004 hingga kini dan selamanya..hmm nk masuk lebih kurang 10tahun kita berkawan..terima kasih atas baik buruk saya awak terima dan begitu juga sebaliknya :)



kita berkawan dari zaman sekolah saas ~  classmate dari form 1 hingga form 4 (suku je) , asal dalam class je kita nk duduk sama sebelah2, suke bergossip dlm class suke kutuk cikgu2, nmpk org je gelak2..kita pergi rehat tandas ponteng class ke mesti sama2 mcm belangkas la..ingat lagi tak syue ? haa memory card saya kuat tau ingat ~ sampaikan sume cikgu dah cop kita kaki ponteng class, ingat lagi cikgu tu aim kita sebab suke buat hal..sampaikan nk minum air mineral kejap pon dy tk bagi..tapi peduli apa aku minum je dpn dy n senyum buat muke tk bersalah hehe . asal saya takde je org carik awak , awak takde aje org carik saya..haa ! setiap kali orang carik pasal dgn awk saya lah backup besar awk sbb dulu aku ni kan kasar mcm laki..even aku ni kecik n kau lebih tinggi n besar dr aku, aku berani nak backup kau . gengster la dulu tp baik tak kacau hidup org..hehe paling ingat suke ponteng class matematik sorok kat celah tangga n merayau kat blok terapung & basketball court . cuci mata usha pakwe main bola :P haha ! ingat balek mesti nak tergelak je...

bermula tahun awal 2007 kita kene berpisah sebab saya membuat haluan sendiri untuk berpindah sekolah teknik kat kuala lumpur, awak plak sambung sampai form 6 untuk sijil stpm tu. saya rase sedih sangat tau kite berpisah time tu rase nk nangis je tapi untuk masa hadapan kenelah berkorban apa saja ada rezeki kita pasti jumpa kan ? sbb nye juga saya nk berubah nk belajar dlm kemahiran lain time tu tk tau ape2 apply je sekolah teknik..last2 dpt bidang vokasional in electronic..saya dpt belajar kemahiran servis radio & television , kawal PA system , handle antenna tv..belajar lukisan geomatric n lukisan electronic..mcm2 lah..dari sekolah teknik ni la saya di didik menjadi seorang yg berdisiplin dan berdikari sbb dpt masuk asrama n kawalan disiplin sekolah teknik sangat ketat..dari situ saya dpt belajar erti persahabatan , belajar mengawal & mengurus diri tanpa kedua ibu bapa saya..tapi seronok tau ~ yg penting i've got to learn something new knowledge every day..kita hidup kene lah ada knowledge tu penting ~ dan juga cara berkomunikasi dgn orang mcm mana..bertuah sape dpt sekolah teknik ni sbb dia kira high dari sekolah menengah biasa..hehe orang tak tau ~ now sume dh besar makin matang umur dh 21..cepat nye masa berlalu ~ haih..rindu sangat

now awk study kat MSU study Bachelor in Business ape ea ? nvm la most important i hope you'll successful and happy always with ur family walid,ibu and adek syuib :) make them proud of ur success ye :)
love love : aida

blank ~

yaallah im feeling down.. when a girl is silent, she's either over-thinking, tired of waiting, falling apart, crying inside, or all of the above..you know my heart stories and behind my smile are tears..but i've more to worry and worse than all to fear.  Dah taktau nak luahkan dgn siapa lagi..biarlah orang nak cakap apa pon nak luah or share something dlm blog ni. aku tak peduli tu semua janji aku tahu apa yg aku buat. kadang kadang hati ni terdetik nak mempunyai teman tapi ..  hm entah lah. .susah nak percaya orang yg boleh terima kita seadanya tanpa rasa jemu. ada ??  Dalam kepala otak aku ni hanya ada abah aku aje and nak berjaya dlm hidupku untuk menunaikan hasrat ummi yg tak kesampaian. segalanya aku berkongsi dgn abah tanpa jemu.. sakit hatiku sedih semua abah aku je faham and tadi rase lega sangat dapat peluk abah..terima kasih Allah, aku tak leh bayangkan sekiranya engkau menjemput abahku pergi..aku sangat memerlukannya :')
okay ! kena hadapi dengan senyuman . janganlah bersedih aida Allah sentiasa bersama dgn orang yg bersabar dan cekal hatinya
Salam :)

weapon of my happiness :)


baik atau sebaliknya



Setiap insan pasti merasa..Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan..Hanya amalan yang dibawa

Diiring doa dan air mata..yang pergi takkan kembali lagi
Amalan dan takwa jadi bekalan..Sejahtera bahagia pulang...ke sana .

Jom Hayati Dengar Lagu Ni



saya rindu belaian kasihmu ummi :)
aku punya teman yg setia menemaniku abah :)

Selamat DenganMU

Sedihku, sakitku, ku terima
Ku rela, ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi Rahmat Mu ku memohon
Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat Mu Ya Allah
Di dunia yang sarat godaan
Ku mohon dosaku ampunkan
Ingin bahagia dunia akhirat
Turunkan Rahmat Mu untukku
aku sanggup berkorban demi rahmat Allah demi keredhaan Ibuku..
fikir sejenak tentang kematian tentang bila Allah akan menjemput pergi ke alam seterusnya..
aku takut akan semua dosa-dosaku..aku menanti ajalku..aku takut dosa yg terus membayangiku
kenapa berat dugaan aku ini ? aku mengalirkan air mata kerana kau sahabat
biarkan orang sekeliling menganggap ku jahat pasti Allah tahu hati aku ini
hidup sentiasa rendah diri dan mengalah
dari situ lah wujudnya kekuatan hati untuk terus berjuang
INGAT mengalah bukan erti kita bersalah.
tunggu lah azab disana kelak :')

street soccer * skuad merah ^^

yeay ~ super saturday @ college :)
aktiviti gems mentor mentee for school SCA 1st kita bermain soccer , perlawanan kalah mati atau pon kalah boleh balik lah ea haha . bersama mentor Chef Wani dan anak anak nya :)
perlawanan bermula dengan team kiterog lawan dengan mentee Chef Ijam wah ~ bersaing la kita hehe
boleh plak Sir Ethan suruh masuk 3 perempuan dlm team ni . time tu plak hujan renyai2 sejuk je so licin lah nk main soccer ni .
for cik hanie ala sian dia ye , comel aje main . takpe hanie hebat lah even jatuh tetap berani nak main soccer ni jadikan tu 1 kenangan yg tak dpt dilupakan fr ur college life oke 'awek gentle' :)
mentee chef wani berjaya memenangi tempat ke-3 , mentee chef hisyam tempat ke-2 bravo untuk team mentee chef ijam tempat pertama hehe :) dan tahniah untuk pasukan team lain jugak yg bermain street soccer kali ini .
btw tetap best n enjoy ~ terbaik semua team main dengan penuh semangat and banyak sgt adegan2 lucu hahaha ! majulah sukan untuk kesihatan .
tadaaa !

3rd team merah : mentee Chef Wani :)

bravo team biru : mentee Chef Ijam :)

aksi perlawanan bermula

semangat menyokong tu hehe

twin : dhaus n shamil














College Life @ parlimen

haip ! jom nak share sikit ~ hehe
hari khamis tu ada aktiviti untuk subjek pengajian malaysia and sir buat aktiviti under upp kolej so dapat lah gems untuk short sem ni :) kiteroang ke Dewan Parlimen KL..huu first time dapat masuk dewan tu , bukan senang orang awam mcm kite ni nak dapat masuk tempat mcm ni tengok kerajaan (GOV) ,
bukan kerajaan (NGO) , pembangkang berdebat dalam parlimen ni , so rasa sangat bertuah dan dapat memperoleh pengetahuan baru untuk belajar dan melihat suasana dalam dewan tu...tapiii sayang~~ takboleh bawak camera n handphone dalam dewan tu. biasa la takot ada orang dok gatal nk rekod2 ni and salah gunakan kan ~ hee janji dapat lah jugak bergambar .
tadaaaaa !


with lani , ain n fatin :)

with sir khaidir :) hehe

selepas keluar dari dewan :)

ahli parlimen 2012 :P

smile ^^

with lencai Lim :)

lalala peace ^^

bersama budak kecik Lani :)

tadaa ! ^^

* ni aje yg mampu di upload kan , banyak sgt picca so malas la nk upload semua kan loading laa ~ hehe
okay thanks love love ^^









Ceramah Ustaz Don Daniyal - Ada Apa Dengan CINTA -

SALAM ~
pagi tadi dekat teater hall kolej ada ceramah dari Ustaz Don tajuk dia sangat menarik dan memberikan 1001 pengetahuan tentang cinta :)
dari apa yg saya pelajari dari ceramah ustaz itu membuatkan diriku sangat bermakna terhadap cinta
mesti kita tidak tahu apa itu cinta sebenar kan
cinta itu FITRAH ia sangat SUCI dan ANUGERAH dari Allah untuk kita memiliki CINTA
bercinta tidak salah , jatuh cinta juga tidak salah tetapi andai niat pada rasa cinta itu salah , maka jadilah SALAH !

cintai lah ibubapa kita terlebih dahulu berbanding orang lain . andai kuat rasa cinta kita pada ibubapa kita , maka rasa itu akan kuat juga pada orang lain , tetapi andainya cinta kita kepada org lain melebihi cinta pada ibubapa kita .. ?? fikir lah sedalam-dalamnya apa ye :)
yg pasti cintailah ibu bapa terlebih dahulu dan jika cinta kita sangat dalam terhadap ibu bapa kita pasti kita memiliki cinta yg suci dari Allah dan Allah pasti akan mengurniakan insan yg kita cintai hingga ke syurga :)



# JANGAN ROSAKKAN CINTA YANG SUCI DENGAN KESILAPAN DIRI SENDIRI #